BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA

Hangatkan Mereka

Winter Aid For Syria merupakan projek berkala yang dilakukan setiap tahun di Syria. Fokus utama projek ini ini dilaksanakan adalah untuk membantu menghangatkan kesejukan dan kesiksaan yang terpaksa pelarian Syria hadapi pada setiap kali musim sejuk tiba di bumi Syria. Antara jenis bantuan yang disampaikan pada setiap kali musim sejuk di Syria adalah pek makanan asas, kayu api dan petrol, selimut tebal, baju sejuk, kasut serta sarung tangan.


Bantuan-bantuan ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan ikhlas dari rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap kesusahan dan penderitaan saudara kita di Syria, Lubnan, Turki dan Jordan.