• Rohaidiana Rosly

5 Selebriti Dilantik Menjadi Duta Kemanusiaan untuk Syria


Dari kanan, Faisal Hamdi, Ustaz Elyas Ismail, Fedtri Yahya, CEO MFS Syahrir Azfar Saleh, Siti Hawa, Dahlia Shazwan dan Farah Fauzana.


KUALA LUMPUR : Malaysia for Syria sekali lagi mencatat sejarah baharu pada tahun ini setelah melantik 5 orang selebriti terkenal Malaysia sebagai Duta dan Sahabat Kemanusiaan Malaysia for Syria baru-baru ini. Majlis lantikan tersebut melibatkan 7 orang petugas kemanusiaan termasuk Ketua Eksekutif Malaysia for Syria Encik Syahrir Azfar Saleh, Penyampai Televisyen Fedtri Yahya, Pengacara dan Penyampai Radio Farah Fauzana, Penyampai Televisyen Dahlia Shazwan, Pendakwah Bebas Ustaz Elyas Ismail, Ahli Farmasi Siti Hawa dan Jurukamera Faisal Hamdi.

Fedtri Yahya menggalas tugas sebagai Sahabat Kemanusiaan Malaysia for Syria. Farah Fauzana, Dahlia Shazwan, Siti Hawa dan Ustaz Elyas pula memegang tanggungjawab sebagai Duta Kemanusiaan Malaysia for Syria manakala Faisal Hamdi menggalas jawatan sebagai Penasihat Media Malaysia for Syria.

Turut diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman serta serah terima tugas sebagai Duta, Sahabat Kemanusiaan dan Penasihat Media oleh Ketua Eksekutif Malaysia for Syria, Encik Syahrir Azfar Saleh di ibu pejabat Malaysia for Syria Seksyen 1, Wangsa Maju. Biarpun Malaysia kini sedang bertarung dengan penularan wabak pandemik Covid-19 yang kian menggila, majlis tersebut tetap diteruskan jua mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Majlis serah terima tugas antara mereka disaksikan oleh setiap Pembantu Peribadi Selebriti-Selebriti yang telah dilantik sebagai Duta, Sahabat Kemanusiaan dan Penasihat Media MFS.

Mereka berterima kasih kepada petugas-petugas kemanusiaan dan pengurusan MFS serta Ketua Eksekutif MFS diatas kepercayaan yang telah diberi dalam memikul peranan sebagai Duta, Sahabat Kemanusiaan dan Penasihat Media. Biarpun bagi mereka tugas yang telah dipertanggungjawabkan adalah berat, namun kami yakin dengan peranan 5 selebriti dan seorang jurukamera ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia untuk terus menerus dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang bertahun lamanya menjadi pelarian di bumi kelahiran mereka sendiri.


Menerusi laman Instagramnya Farah Fauzana telah memuat naik gambarnya ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Malaysia for Syria dan 4 lagi selebriti lain yang juga telah menghadiri majlis tersebut minggu lalu. Turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Malaysia for Syria diatas perlantikan semula sebagai Duta Kemanusiaan Malaysia for Syria 2021 buat kali kedua baginya setelah pernah pertama kali memegang jawatan tersebut pada tahun 2018.


“Walaupun nama Malaysia for Syria namun kebajikan mahupun bantuan untuk kita di Malaysia tetap juga MFS bantu..” - katanya lagi menerusi laman Instagramnya.



Menurut Cik Fariza Bahar selaku Eksekutif Kanan MFS, beliau berharap meskipun situasi kes penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dalam negara ketika ini sudah tidak lagi terkawal dan masih dalam proses pembendungan, dengan perlantikan dan serah terima tugas antara Malaysia for Syria dan Duta, Sahabat Kemanusiaan serta Penasihat Media MFS ini tetap konsisten dan mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia akan keperitan pelarian Syria samada di Malaysia mahupun di luar negara.

Beliau berkata lagi bahawa "Arahan dan perintah duduk di rumah bukanlah menjadi masalah dan alasan lagi untuk masyarakat Malaysia terus menerus bersama-sama Malaysia for Syria dalam kegiatan kemanusiaan kerana biarpun nama badan bukan kerajaan ini adalah Malaysia for Syria, kami akan tetap cuba membantu rakyat Malaysia yang sedang gusar menghadapi wabak pandemik pada tahun ini."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Malaysia for Syria, layari www.infaksyria.com. sekarang untuk melaksanakan 2.5% zakat daripada harta pendapatan anda sekarang. Moga setiap titisan keikhlasan anda, Allah terima dan memberkatinya. InshaaAllah.

Salam Duduk di Rumah,

Rohaidiana binti Rosly,

Eksekutif Konten Digital MFS (Malaysia for Syria).

110 views0 comments