top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Berjalan Kaki Sejauh 5KM.


Beginilah keadaan setiap kali tim Malaysia For Syria (MFS) mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sekitar bumi Syam dan juga Turki.


Pernah kami bertanya "kamu datang naik apa?". "Jalan kaki sahaja" jawabnya. "Kamu tinggal di mana?". " Tak jauh pun, 5km sahaja". Terkelu buat seketika apabila ada pelarian Syria yang sanggup berjalan kaki sejauh itu demi untuk mendapatkan bantuan dari kami.


Kotak makanan yang diangkat itu bukan ringan ya tuan puan. Ada dalam 10KG; dipenuhi dengan makanan ruji yang makan mengisi perut mereka lebih 2 minggu.


Dermawan yang budiman,

Buat julung kalinya tim MFS akan menghantar bantuan kemanusiaan bagi tabung Misi Musim Sejuk untuk Syria 9.0, antara bantuan yang akan disalurkan adalah :


Set #HotMeal bersama : RM100

Set Pakaian Musim Sejuk : RM150

Set Kotak Makanan : RM150

Set Alat Pemanas : RM200

Khemah untuk Satu Keluarga : RM1,000


Silakan klik pada pautan berikut bagi berkongsi rasa kasih sayang secara atas talian : https://infaksyria.com/donations/misi-musim-sejuk/


Salam sayang buat Syria,

Tim Malaysia For Syria.

12 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page