• Malaysia For Syria

Caruman Bulanan Qurban 2021


Ibadah Qurban kini lebih mudah dengan hanya satu klik! Malaysia For Syria (MFS) kini membuka peluang kepada anda yang ingin menjadi peserta Qurban tahun 2021 di bawah kempen Penyembelihan Agung : Qurban untuk Syria yang berpengalaman dalam menyempurnakan ibadah korban lebih 8 tahun semenjak tahun 2012.


Sebagai usaha menggalakkan lebih ramai lagi yang menyertai ibadah Qurban pada tahun ini, kami berbesar hati membuka khidmat caruman bulanan bagi memudahkan anda untuk membuat potongan sebanyak RM50, RM100, RM150 dan RM200 dari bulan September 2020 sehingga Julai 2021 bagi menyempurnakan ibadah Qurban tanpa perlu ke pejabat HQ kami.


Jom berQurban melalui Malaysia For Syria (MFS) untuk mereka yang memerlukan di Syria. Moga Ibadah Qurban ini diterima dan diberkati Allah SWT.


⭐️Harga seekor kambing biri-biri : RM1,000

⭐️Harga satu bahagian lembu : RM800

⭐️Harga seekor kambing / biri-biri (Aqiqah) : RM1,200 (termasuk kenduri)


Firman Allah, yang bermaksud: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” – [Al-Kauthar 108:2]


Daftar sekarang : https://infaksyria.com/caruman-bulanan-qurban


Nota : Pihak kami akan mengubungi anda jika wang caruman anda masih tidak cukup untuk seekor kambing biri-biri/lembu jika pada Julai 2021.

26 views

©2020 by Media Malaysia For Syria.