top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

KASUT YANG LUSUH DI MUSIM SALJU

Updated: 17 Okt 2019


Pernah tak anda merasai kesejukan musim sejuk? Ramai yang berhajat untuk ke luar negara demi menikmati suasana musim sejuk. Namun, mungkin anda tak tahu yang musim sejuk ini merupakan ujian besar buat saudara-saudara kita di Syria.

Kem Jarabulus 1 – Misi Musim Sejuk untuk Syria 2018


Ini bukanlah misi pertama kami untuk menghantar bantuan musim sejuk untuk Syria. Namun, setiap kali menjejakkan kaki ke kem perlarian, hati kami tetap TERSENTUH. Kem yang menempatkan 50 buah keluarga ini terletak di atas bukit dan sangat daif. Seperti kem-kem lain di Syria, tanah di kem-kem pelarian berlecak dan tiada saluran air yang sempurna.

Anak-anak Syria yang menaham kesejukan sambil menanti pakaian musim sejuk mereka.

Mata kami tertumpu pada kanak-kanak yang berkeliaran di sekitar kem dan bermain-main. Kebanyakan mereka tidak berkasut. KESIANNYA... Jika ada yang berkasut sekali pun, kasut mereka sudah lusuh, koyak dan ada yang memakai kasut yang bersaiz kecil dari kaki mereka (mungkin kasut yang sudah lama).

Bayangkanlah teman-teman… Jika anak-anak atau adik-adik anda berjalan di luar tanpa kasut yang sempurna. Apa perasaan anda?

Kita mahu segera menggantikannya dengan yang baharu dan sempurna. Kita mahu mereka dapat berjalan dengan selesa.


Syria Berkaki Ayam


Teman-teman yang baik,

Kami merapati anak-anak ini. Kami peluk erat dan mengusap-usap kepala mereka. Tidak lagi mengendahkan keadaan mereka yang tidak terurus. Kuku kaki dan tangan ...

Kuku kaki dan tangan kanak-kanak di sini sangat kotor. Rambut mereka juga menggerbang dan mengeras menggambarkan sebegitu lama mereka tidak membersihkan diri.

Apabila anak-anak melihat kehadiran kami di kem ini, mereka semua berlari menuju ke arah kami dengan berkaki ayam dalam keadaan kaki berlumpur.

Pada mulanya mereka takut dan malu-malu untuk mendekati kami, namun setelah kami sarungkan stoking dan kasut pada kaki mereka. Kami dapat rasa perasaan gembira mereka apabila melihat kanak-kanak yang telah dapat memakai kasut baru, mereka saling berinteraksi, melihat kasut masing-masing dan bergelak ketawa sesama mereka.

Mereka tahu, kedatangan kami membawa harapan besar buat musim sejuk yang sedang mereka lalui.

Alhamdulillah, berkat rezeki rakyat Malaysia yang dikongsi buat saudara-saudara kita di Syria pada tahun tersebut kita sama-sama dapat mengumpulkan 2 buah lori Kit Musim Sejuk (kasut, stoking, topi dan mafla) untuk di agihkan kepada 540 orang penerima sumbangan.

Kisah yang dipetik dari pengalaman aktivis MLLFS ini semoga menjadi inspirasi anda untuk terus membantu saudara-saudara Syria kita yang memerlukan.


Adakah anda sanggup melihat anak comel ini KESEJUKAN?

Ayuh, bersama-sama Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) untuk memberi kehangatan buat Syria! Buka pautan berikut untuk sumbangan dalam talian: https://www.billplz.com/syriakesejukan atau anda juga boleh boleh dibuat melalui deposit/ pindahan wang ke akaun bank MLLFS seperti di bawah:

MAYBANK : 564810513971 BANK ISLAM : 14210010009882 BANK RAKYAT : 1111-5100-1155 AFFIN BANK : 1050-4003-0883 SALAM BAHAGIA DARI KAMI, Tim Hangat dengan Kasih Sayang - MLLFS.



36 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page