• Rohaidiana binti Rosly

Keadaan Pelarian Syria di Jarabulus.

Updated: 2 days ago


Kanak-Kanak Pelarian Berlari-Larian Mengejar Tim Malaysia for Syria (MFS).


Tim MFS yang turun ke misi musim sejuk pada tahun 2018 ada menceritakan perbezaan diantara kem pelarian Syria di Jordan, Lubnan dan Syria. Kem pelarian Syria di Jarabulus, Syria adalah lebih teruk dan daif keadaannya.


Tali air dan lopak-lopak kotor bercampuran sampah dan selut. Kanak-kanak kecil yang kusut rambutnya, comot dan agak berbau badan mereka berlari-larian mengejar tim sejurus terlihat kotak-kotak kasut, stokin, sarung tangan dan baju sejuk yang dikeluarkan daripada van untuk diberikan kepada mereka.


Ya teruja, memang mereka sangat teruja. Teruja melihat orang Malaysia datang untuk memberi bantuan, dan teruja dengan bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh tim MFS. Ya!, tim MFS adalah orang Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di bumi Jarabulus, Syria.


Bayangkan mereka berlari ke arah tim dalam keadaan tidak berkasut, baju koyak, hingusan meleleh dari hidung mereka. Daif dan sangat menyedihkan.


Demi amanah dan tanggungjawab yang telah ditugaskan oleh rakyat Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk anda, demi mereka di Syria.



InsyaAllah sekali lagi tahun ini, tim MFS sedang melaksanakan kempen Misi Musim Sejuk untuk Syria 9.0 bagi membantu pelarian Syria yang kian membeku dek suhu di negara yang bergolak itu semakin sejuk. Bagi yang ingin berkongsi rasa kasih dan sayang, silakan layari www.infaksyria.com.



Salam Rindu Dan Kasih Sayang,

Rohaidiana binti Rosly,

Aktivis Kemanusiaan Malaysia for Syria.

#Malaysia4Syria

27 views

©2020 by Media Malaysia For Syria.