• Malaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 7)


Setinggi penghargaan daripada kami Malaysia for Syria buat

The Manja Company di atas sumbangan lampin bayi yang telah disumbangkan melalui kami buat anak-anak pelarian Syria.


Tanpa kalian, ianya pasti akan mengambil masa yang lama untuk kami usahakan dana untuk membeli lampin bayi buat anak-anak pelarian Syria. Terima kasih The Manja Company.


Keadaan di kem pelarian Syria, tiada bekalan air yang mencukupi dan tiada wang untuk mereka belikan lampin bayi. Maka, dengan sumbangan lampin bayi ini, ianya sangat-sangat membantu pelarian Syria bagi menguruskan anak-anak kecil mereka.


Doakan agar kami dapat berkerjasama untuk kempen seterusnya khas bagi membantu pelarian Syria yang memerlukan.

1 view0 comments

©2020 by Media Malaysia For Syria.