• Malaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 9)

Ribuan Terima Kasih Buat Dewan Wanita ,Majlis Dakwah Negara Terengganu dan Mutiara-Kelab Wanita UMT


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dari kami Malaysia for Syria ucapkan kepada Majlis Dakwah Negara dan Kelab Mutiara UMT diatas sumbangan segala jenis pakaian musim sejuk, lampin bayi, dan baju panas yang telah disumbangkan melalui kami buat pelarian Syria yang bakal menghadapi musim sejuk.


Ratusan ribu helai pakaian musim sejuk yang telah disumbangkan ini bakal diagihkan kepada pelarian-pelarian Syria di Lubnan pada awal Januari 2021 nanti. Agar mereka tidak kesejukan lagi, kami bersyukur dan sangat menghargai sumbangan ikhlas daripada Majlis Dakwah Negara dan Mutiara-Kelab Wanita UMT.

Teruskan menyokong usaha ini dan bersama-sama kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemaskini tentang bantuan dan kempen yang dijalankan untuk terus membantu pelarian Syria yang memerlukan.


Semoga rakyat Malaysia yang prihatin terus sakti dalam berbakti terhadap sesama insan yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama, umur dan sebagainya. #malaysia4syria #savesyria #pray4syria #stand4humanity

6 views0 comments

©2019 by Media Malaysia For Syria.