top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

PENYEMBELIHAN AGUNG: IBADAH KORBAN SAMBIL MERINGANKAN DERITA SYRIA

Updated: 11 Jul 2019


Korban di Syria melalui Penyembelihan Agung

IBADAH KORBAN MELALUI MISI KEMANUSIAN


Setibanya bulan Zulhijah umat islam akan berpusu-pusu mengunjungi Baitullah Al-Haram untuk mengerjakan ibadah haji. Bagi mereka yang mengerjakan haji terdapat beberapa ibadah yang perlu dilakukan ketika di Makkah seperti berwukuf di Arafah, bermalam di Mina, melontar Jamrah, tawaf dan juga saie. Dalam bulan ini juga terdapat hari Nahar iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Pada hari-hari tersebut umat Islam digalakkan untuk menyembelih haiwan ternakan (An’am) sebagai mengikuti sunnah Nabi Ibrahim.


Oleh yang demikian, pelbagai pihak berusaha untuk melakukan ibadah korban bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf. Global Peace Mission Malaysia dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria merupakan suatu badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif dalam kempen ibadah korban di Malaysia mahupun luar negara. Bagi tahun 2019, Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) sekali lagi melancarkan kempen Penyembelihan Agung Syria khusus untuk golongan yang memerlukan di Syria.


Kempen yang dianjurkan sejak tahun 2013 ini telah pun masuk tahun yang ke 7 dengan harapan bertambah jumlah penyumbang yang terlibat dalam kempen ini. Sejak tahun 2013, MLLFS berjaya mengumpul sekitar RM 3 juta untuk Kempen Penyembelihan Agung dan sumbangan umum. Dalam tempoh itu juga antara kawasan yang telah menerima manfaat daripada kempen tersebut termasuklah Aleppo, Idlib, Hama dan Haza. Semakin banyak sumbangan masyarakat yang menyumbang semakin banyak kawasan yang akan menerima manfaat tersebut.


KEMPEN PENYEMBELIHAN AGUNG


Bagi tahun 2019, MLLFS tampil dengan pakej Penyembelihan Agung serendah RM 1,000 untuk seekor kambing. MLLFS menyasarkan 300 ekor kambing dengan jumlah sumbangan sekitar RM 300,000.00. Bagi yang tidak berkemampuan untuk menyumbang dalam pakej Penyembelihan Agung, MLLFS turut menyediakan pakej bantuan umum seperti sedekah korban RM 100, kotak makanan RM 100, perubatan RM 150 dan pendidikan RM 100. Kesemua sumbangan ini akan disalurkan terus kepada masyarakat Syria yang memerlukan melalui MLLFS.


Kepada masyarakat yang ingin terlibat dalam Kempen Penyembelihan Agung Syria, anda bolehlah melayari lawan sesawang www.malaysia4syria.com.my/penyembelihanagung atau menghubungi pejabat urusan Global Peace Mission Malaysia di talian 03-41443441.


Berteraskan pengalaman penganjuran 6 tahun yang lalu dengan jayanya maka Global Peace Mission (GPM) dan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) perlulah menjadi pilihan anda untuk mendaftar. Setiap sumbangan akan diurus dengan sistematik serta pemberian bukti-bukti seperti resit dan gambar turut diberikan sebagai tanda ketelusan proses tersebut. Setiap sumbangan dan bantuan anda akan mengukir seribu satu senyuman di wajah mereka yang memerlukan. Bertepatan dengan tema kempen pada kali ini iaitu satu korban seribu keberkatan marilah kita bersama-sama mengambil peluang untuk membantu Kempen Penyembelihan Agung Syria 2019.


SERUAN KORBAN KE ATAS UMAT ISLAM


Sebagai kesimpulan, marilah bersama kita berenung sabda nabi SAW yang bermaksud “Tidaklah salah seorang anak Adam beramal pada Hari Nahar (Aidiladha) dengan sebuah amalan yang lebih dicintai oleh Allah SWT daripada mengalirkan darah (menyembelih binatang korban), dan sesungguhnya (binatang sembelihan) akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kukunya, dan bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah korban tersebut sampai kepada Allah, sebelum mengalir ke tanah.” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Tirmizi).



Salam Kemanusiaan,


Zaiful Faizal

Daie Muda YADIM


49 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page