top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

SANGGUP BERJALAN KAKI 5KM DEMI SETITIS AIR BERSIH


Struktur tanah di sekitar kem tersebut.

Ini kisah yang dipetik dari perkongsian aktivis MLLFS pada Misi Musim Sejuk 2017.

Apa yang menariknya ... Pada tahun tersebut, kami berpeluang menjalankan misi bersama duta, Fara Fauzana.

Ketika menjejakkan kaki ke Kem Kilis untuk menghantar bantuan makanan dan Alas tidur.  Kem yang menempatkan 20 buah keluarga pelarian Syria itu agak terpencil dan ditengah-tengah tanah lapang yang jauh dari sumber-sumber asas.

Ketika kami berada di sana, kelihatan ibu-ibu mengangkat tong-tong air 15 Liter dan berjalan kaki ke suatu arah. 

Dan, apabila kami tanyakan kepada penghuni-penghuni kem yang lain barulah kami tahu yang ibu-ibu yang mengangkat tong air tadi ingin mengambil air-air bersih kerana berdekatan dengan mereka memang TIADA sumber air bersih, untuk minum dan memasak. 

Yang mengejutkan kami, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km. (Berjalan kaki ye para dermawan ...) bukan menaiki motosikal, mahu pun kereta kerana ternyata di kem tersebut tiada sebarang kenderaan.


Bayangkanlah... Kalau kita nak berjalan 1 km pun dah mengeluh "PENAT".



Tong-tong air yang digunakan untuk bekalan air saudara-saudara Syria setiap hari.


Disebabkan masalah sumber air di kem tersebut, Malaysia Life Life Line for Syria (MLLFS) berbesar hati untuk membantu meringankan beban saudara-saudara Syria kita dengan menjalankan sebuah projek pembinaan telaga air. 

[TELAGA MAWADDAH BUATMU SYRIA]

Justeru, kami di MLLFS menyeru kepada para dermawan Malaysia yang prihatin dan baik hati agar menyokong pembinaan telaga air ini sebagai tanda rasa peduli dan ehsan anda bagi membantu saudara-saudara Syria kita.

SASARAN: RM42, 000 JUMLAH TERKINI: RM10, 000 BAKI YANG DIPERLUKAN: RM32, 000

Ayuh, berlapang dada dan ikhlaskan hati untuk berKONGSI REZEKI pada hari JUMAAT yang penuh BARAKAH ini!

"Murah hati, Murah Rezeki"

SLOT DIBUKA SEKARANG!!!  RM50/ SLOT 

ATAU, anda juga boleh menyalurkan sumbangan melalui pindahan/ deposit wang ke akaun bank MLLFS seperti di bawah:


[MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA] . 🏢MAYBANK : 5648-1051-3971 🏢BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883 . Ref.: Winter4Syria . 📌Pesanan: Ayuh, Kongsi Rezeki SEKARANG! Dan, sebarkan posting ini di akaun-akaun media sosial anda. . Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha. . Hubungi kami di talian 03-41443441 . SALAM KEMANUSIAAN , Tim Malaysia Life Line for Syria.



49 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page