©2019 by Media Malaysian Life Line For Syria.

  • Malaysia For Syria

"Saya terpaksa mengorbankan semua baju-baju untuk di jadikan bahan bakar memanaskan rumah". - Syria.

Updated: Nov 4, 2019

Pengorbanan atas nama pelarian

Ibu tunggal bersama-sama anak kecil.

Jika semua pakaian mereka dibakar… Mungkinkah pakaian yang mereka sarung sekarang adalah pakaian terakhir? Ini kisah seorang ibu tunggal yang tinggal di Kem Pelarian Syria sekitar Mafraq, Utara Jordan (Sempadan Syria) bersama anaknya yang masih kecil dan juga ibunya. Tim MLLFS berkesempatan membuat kunjungan ke khemah ibu tunggal yang kami panggil dengan nama “Ummu Yusof”. Ketika kami memasuki khemah tersebut, hidung kami mula menangkap bau aneh. Apabila kami bertanya kepada Ummu Yusof apa yang dia gunakan untuk memanaskan khemahnya, dia memberitahu bahawa dia membakar plastik untuk memanaskan rumah. Pakaian semuanya telah habis di bakar sebelum dia akhirnya terpaksa menggunakan plastik sebagai bahan bakar kerana sudah berminggu-minggu kehabisan kayu api. Begitulah hakikatnya kehidupan di Kem Pelarian Syria.

Bekas besui pemanas rumah.

Rutin Musim Sejuk di Kem Pelarian


Kebiasaannya pada musim sejuk, dalam setiap khemah-khemah pelarian akan diletakkan sebuah bekas besi di tengah-tengah khemah dan akan ada pencorong yang menghala ke atas bumbung khemah untuk memanaskan khemah. Namun, bahan-bahan bakar seperti kayu api dan diesel yang digunakan untuk memanaskan khemah sangat mahal harganya dan lebih-lebih lagi mereka memang tidak mampu untuk membeli semua itu.

Sempena [KEMPEN MISI MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA], MLLFS menyeru kepada dermawan MLLFS untuk bersama-sama membantu meringankan derita saudara-saudara kita di Syria yang menghadapi kesejukan. Suhu mencecah negatif darjah celcius adalah hari-hari yang sukar buat mereka.

Target MLLFS dalam usaha membantu pelarian Syria

Pada Misi Musim Sejuk untuk Syria pada tahun ini, kami menyasarkan RM1, 572, 000.00 Jumlah sumbangan TERKINI: RM93, 614.84 Ayuh, bersama-sama MLLFS untuk mengumpulkan baki sasaran RM1, 478, 385.16 yang masih jauh untuk mencapai target sumbangan.


===================================== 2 Kaedah mudah untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di Syria: ===================================== 1. Melalui sumbangan dalam talian (online): Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria 2. Melalui pindahan/ deposit wang ke akaun: [MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA] 🏢MAYBANK : 5648-1051-3971 🏢BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883 Ref.: WinterSyria 📌Pesanan: Mohon bantu sebarkan kisah ini ke group-group whatsapp ye! Murah Hati, Murah Rezeki Salam Kemanusiaan, Tim Malaysia Life Line for Syria (MLLFS).


"Demi Syria, Untuk Ummah"


#Malaysia4Syria #SaveSyria #Pray4Syria #Syria


12 views