top of page
  • Writer's pictureRohaidiana Rosly

Sedekah Subuh Syria



SUBUH YANG BERMANFAAT | Jadualkan Sedekah Subuh Anda Sekarang!


Baru balik dari masjid solat Subuh jemaah ke tu? Wah wahhh.. bagusnya.. Pssttt... lagi berlipat ganda pahala Subuh hari ini kalau abang kakak semua buat sedekah Subuh kan?


Leceh lah kalau nak kena taip nombor akaun bank, nak kena fikir lama jumlah yang nak disedekahkan. Malasia for Syria bukan sekadar membantu pelarian Syria, malah kami juga sedang membantu dalam memudahkan urusan anda.


Justeru itu, demi menjadikan hidup anda lebih mudah, terciptanya Sedekah Subuh.


- “Elehhh.. apa yang mudahnya?”

- Mudah lah, sebab anda dah tak perlu risau buka dompet setiap hari kerana mulai hari ini anda boleh menjadualkan sedekah subuh selama mana yang anda mahu. Tak perlu buka dompet banyak kali dah.


WOW! Bior benor chor??? Betul lah… “ini betul-betul, ini bukannya cobaan..” Bak kata Pendekar Mustar dalam cerita Pendekar Bujang Lapok filem arahan Allahyarham P.Ramlee.


Psstt… Janganlah tunggu kami update baru anda nak sedar yang anda belum sedekah subuh lagi. Hihihi


Setelah kalian menyempurnakan ibadah zakat yang wajib, maka silakanlah.


Hanya subscribe sahaja dari pautan berikut : https://infaksyria.com/sedekah-subuh-syria/


Dan kalian akan mendapat alert atau ingatan untuk melaksanakan Sedekah Subuh Terbaik buat manfaat pelarian Syria yang memerlukan setiap hari.


Silakan teman-teman yang baik hatinya.


Semoga padanya ada ganjaran buat kita semua dan buat mereka yang mendoakan usaha ini juga. Dan semoga Allah memberkati rezeki yang dikongsikan setiap hari.


Amin ya Rabb.

50 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page