• Malaysia For Syria

Tabung Tajaan Makanan Ditutup.



Ribuan Terima Kasih Daripada Kami, Malaysia for Syria dan Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre Buat Rakyat Malaysia Untuk Jumlah Terkumpul Ini.


MasyaaAllah... Sejumlah RM83,731 dana terkumpul bagi Tabung Tajaan Makanan buat anak-anak pelarian Syria yang mendapatkan pendidikan di Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre, Setiawangsa.


Makanan panas, pizza, shawarma, spaghetti, pasta, burger dan semua makanan yang anak-anak Jasmine Ash Sham makan pada waktu rehat semuanya adalah daripada hasil tajaan anda semua. Alhamdulillah ya Allah...


Dengan jumlah yang terkumpul, dapatlah anak-anak pulang dari sekolah dalam keadaan perut yang kenyang bermula September 2020 sehingga ke akhir bulan September 2021. Sungguh kami terharu membayangkan wajah ceria mereka.


Salam Penghargaan Dari Kami,

Malaysia for Syria.

10 views

©2020 by Media Malaysia For Syria.