top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Waqaf Telaga Mawaddah

Air bersih menjamin kebersihan pelarian Syria demi keselamatan seluruh negara, setuju?


Adakah anda tahu bahawa kami sedang melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada Malaysia for Syria? Perkampungan Malaysia kita yang terdiri untuk pelarian-pelarian Syria kini sedang dalam pembinaan di bumi Syria.



Sebanyak 100 buah rumah sedang dibina demi memberikan pelarian Syria tempat tinggal yang selamat, bersih dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan oleh mereka.


Setiap perumahan pasti memerlukan bekalan air untuk kemudahan kehidupan seharian. Malaysia for Syria membawakan projek telaga air bersih yang telah diberi nama sebagai Telaga Mawaddah untuk memudahkan aktiviti harian pelarian Syria yang sudah bertahun lamanya hidup dalam keadaan yang serba tiada dan mendesak.


Dermawan yang Budiman, silakan klik pada link dibawah untuk berkongsi air bersih bagi pembinaan Telaga Mawaddah untuk Syria:

23 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page