top of page

KUTIPAN DANA UNTUK SYRIA

Bayangkan Kita Di Tempat Mereka

Kutipan dana ini dilakukan sebagai satu inisiatif demi membantu serta meringankan beban yang terpaksa para pelarian Syria tanggungi demi sesuap alas perut, perubatan serta bantaun kit pendidikan bagi anak-anak yang masing-masing punyai jiwa besar.

Kutipan dana kebiasaannya dilakukan di Malaysia namun lokasinya berubah-ubah bergantung kepada penambahan aktiviti lain termasuk persembahan flashmob di tempat awam, jualan amal, buskers yang dipersembahkan oleh kumpulan buskers tempatan serta sesi perkongsian dari tim yang pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Syria.

photo6140926128399951988.jpg

ZIARAH

Menyantuni Sesama Saudara Syria

Kebiasaannya ziarah dilakukan pada setiap kali sesbuah keluarga Syria yang tinggal di Malaysia memerlukan bantuan kecemasan seperti keperluan kos untuk melahirkan anak, kecederaan, bantuan makarna dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban mereja yang memerlukan.

WhatsApp Image 2018-10-22 at 11.28.45.jp

LARIAN AMAL UNTUK SYRIA

Bersukan Sambil Menyumbang

Pada tahun 2018 Malaysia For Syria telah menganjurkan acara larian amal untuk Syria yang telah disertai dengan meriah oleh 2000 orang peserta. Acara ini bertujuan sebagai salah satu medium advokasi untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang keadaan serta konflik yang berlaku di negara Syria di samping sebagai salah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

3I6A0001.JPG
bottom of page