top of page

1 DEKAD
MALAYSIA FOR SYRIA

Sedar tidak sedar, konflik kemanusiaan di Syria telah pun sedekad lamanya. Secara dasarnya, keadaan di sana kedengaran aman dan konflik seperti sudah reda. Namun, siapa sangka saban hari, ada saja serangan yang secara senyap telah mengancam keselamatan dan keamanan penduduk di sana. Tidak kira lelaki, wanita dan kanak-kanak, nyawa mereka boleh tergugat pada bila-bila masa. Isu Syria ini bukan cuma isu melibatkan ketenteraman, malah keperluan asas, kesihatan, kualiti pendidikan dan ekonomi juga terjejas.  
 
Demikian itu, Malaysia for Syria (MFS) yang telah mengalas tanggungjawab sejak tahun 2012 dalam memperjuangkan dan menggerakkan kempen serta projek bagi membantu pelarian-pelarian Syria memperoleh kehidupan yang terbela dan lebih baik.  

 

Sempena satu dekad (2022) ini , MFS dalam siri bantuan ke Syria telah mengadakan beberapa program dalam menyambut 10 tahun penubuhannya. Antara lain juga bagi memperdengar isu Syria ini agar tidak tenggelam dan turut diberi tumpuan.  


Ini adalah antara program sambutan bagi 1 Dekad MFS: โ€‹

1)

KL CONFERENCE ON SYRIA: REEMERGENCE OF A NATION

Telah diadakan bersempena 1 Dekad penubuhan Malaysia For Syria. Persidangan ini menghimpunkan institusi kerajaan dan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara bagi membincangkan bantuan dan masa depan Syria khususnya yang boleh dibantu oleh badan-badan berkaitan di Malaysia.

3)

CHARITY DINNER

Melancarkan tabung kemanusiaan satu dekad, sekaligus meraikan ulang tahun sedekad MFS ditubuhkan bersama rakan pelaksana, ikon, rakan-rakan NGO & agensi-agensi kerajaan GLC. 

2)

ROUND TABLE DISCUSSION: EVOLVING CONFLICT OF SYRIA, ITS IMPACT & HOPE FOR THE NATION

Membincangkan tentang konflik yang masih berlaku di Syria, memberi sokongan kepada pelarian dengan membawa harapan baru, keselamatan dan permulaan baru.

4)

DOKUMENTARI 1 DEKAD MALAYSIA FOR SYRIA: 12 EPISOD

Dokumentari tentang perjalanan "SATU DEKAD MALAYSIA FOR SYRIA" dari awal penubuhannya sehingga kini, membantu serta melaksanakan tugas dalam memberikan bantuan kepada pelarian Syria. Tidak lupa juga perkongsian tentang penglibatan, kepentingan insan-insan disebalik tadbir dalam penubuhan MFS dan cabaran yang dihadapi ketika dalam proses penubuhannya.

©2018 by Media Malaysia For Syria.

bottom of page