top of page

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA FOR SYRIA

Sekretariat Malaysia For Syria atau dikenali sebagai Malaysian Life Line For Syria telah ditubuhkan pada 20 September 2012 selepas mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Taman Melawati dalam usaha menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.

Gerakan yang dipengerusi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini turut mendapat kerjasama daripada tujuh buah NGO yang lain seperti :

Global Peace Mission (GPM) Malaysia,

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM),

Gabungan Selamatkan Syria,

Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM),

Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM),

Persatuan Pelajar Malaysia-Syria,

Malaysia Social Media Foundation (MSMF).

VISI

Menyelamatkan nyawa, membina dan menyumbang ke arah Syria yang lebih aman

MISI

  • Untuk menjadi badan pelaksana utama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Syria.

  • Untuk menjadi rujukan utama terhadap konflik di Syria terutama rakyat Malaysia.

  • Untuk memperkasakan komuniti agar bersatu dalam membantu rakyat Syria ; membantu rakyat Syria yang menjadi mangsa dalam bentuk pendidikan, kesihatan, kebajikan dan ke arah kehidupan yang lebih stabil.

bottom of page