top of page

PROJEK YANG KAMI JALANKAN

JANGKA PANJANG

Projek jangka masa panjang yang telah dijalankan adalah projek-projek berbentuk Pembangunan Perumahan, Kilang Roti, Telaga Air Bersih, Perlindungan Segera, Masjid, Sekolah serta Pusat Pendidikan yang mampu membantu anak-anak dan warga Syria untuk turut mendapatkan peluang pendidikan biarpun keberadaan mereka di bumi Ash-Sham yang masih lagi belum reda dek ancaman dan keganasan terhadap mereka.

مصنع الصيغIMG_4261.jpg

BERKALA

Malaysia For Syria telah menjalankan beberapa buah projek berkala yang mana wajib dijalankan pada setiap tahun di beberapa buah negara seperti Syria, Turki, Jordan, dan Lubnan. Antaranya adalah projek qurban yang digantikan dengan nama Penyembelihan Agung, projek iftar iaitu Ramadhan Al- Habeeb serta projek bantuan kecemasan musim sejuk untuk Syria yang diberi nama Selimut Untuk Syria.
Tahun demi tahun, projek-projek ini semakin hari semakin kelihatan kepentingannya serta penambahbaikan yang telah dilakukan. Projek-projek ini berjaya dijalankan pada setiap tahun tidak lain dan tidak bukan atas sumbangan serta keprihatinan rakyat Malaysia kepada saudara seIslam kita di bumi sham.

bottom of page