top of page
cover fb m4s.jpg

Ramadan Al-Habeeb 2020

Berkongsi Sahur dan Juadah Berbuka untuk Mereka

Kami mahu berkongsi kepada anda yang budiman, untuk Ramadan pada tahun 2019yang lepas, sejumlah RM309,079.73 dana sumbangan Ramadan Al-Habeeb yang telah berjaya kita kumpulkan dan telah pun diagihkan kepada rakyat dan pelarian Syria. Bantuan disalurkan dalam bentuk pek makanan, set iftar, bantuan pendidikan dan bantuan perubatan. Terima kasih dari kami untuk anda telah sama-sama menginfakkan harta demi membantu rakyat Syria yang masih terus dibelenggu peperangan yang belum berkesudahan.

Ramadan tahun ini, untuk tahun yang kelapan berturut-turut, ayuh bersama kami tim Malaysian Life Line for Syria untuk merebut peluang ibadah #InfakTerbaikRamadan bagi memudahkan urusan seharian para pearian Syria yang berada di Syria, Turki, Jordan dan Lubnan yang terpaksa menghadapi hari-hari genting pada bulan Ramadan tanpa sebarang keperluan asas.

Sasaran kita bersama pada tahun ini adalah sebanyak RM2 Juta. Kami yakin dengan usaha kita bersama, sasaran itu mampu kita capai dan pastinya memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Syria menghadapi bulan Ramadan ini.

Bayangkan sahaja ganjaran yang telah Allah janjikan terutama apabila kita menggunakan sebahagian dari harta kita untuk memberi makan kepada mereka yang sedang berpuasa. Semoga Allah menerima amal ibadat kita.

Dengan nama Tuhan Ar-Razzaq, mari sama-sama kita mulakan #GelombangRamadan pada tahun ini.

5648-1051-3971
14-210-01-000988-2
Salurkan Sumbangan Anda ke : Malaysian Life Line for Syria Berhad
Buka-Akaun-SSPN-di-Bank-Islam.jpg
download.png

©2018 by Media Malaysia For Syria.

bottom of page