BANTUAN KESIHATAN & PERUBATAN 

Malaysian Life Line For Syria telah berjaya memasuki tanah Syria pada tahun 2013 dan pada ketika itu MLLFS perlahan-lahan mendapatkan sumbangan yang digunakan khusus untuk pembangunan Hospital dan pusat kesihatan di beberapa buah negeri di Syria iaitu Hama, Idlib, Aleppo, Azzaz dan Gaziantep.

Selain daripada mempunyai hospital angkat MLLFS juga turut membawa pasukan para doktor dan pengamal perubatan ke sana. Malaysian Life Line For Syria turut membekalkan stok ubat-ubatan dan juga bantuan sumbangan mesin CT Scan ke beberapa buah hospital tempatan.

Bantuan ini sangat bermakna buat mereka yang setelah sekian lama disekat yang mana telah menyebabakan ramai nyawa terkorban. Atas sumbangan serta keprihatinan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia, Indonesia dan sebagainya, projek ini tidak mungkin akan berjaya MLLFS jalankan.