IDLIB - KILANG ROTI

Sekretariat Malaysia Life Line for Syria ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua penderma budiman yang telah sama-sama Menginfaqkan harta untuk membantu rakyat Syria. Sebahagian daripada sumbangan tersebut telah kami gunakan untuk membantu rakyat Syria untuk pembinaan kilang roti di Maarat Al-Nu'man di Idlib yang menelan belanja hampir RM100,000. Kilang ini mampu untuk mengeluarkan 7,000 - 10,000 roti sehari dan akan memberi manfaat kepada hampir 60,000 rakyat Syria serta memberi pekerjaan kepada 8-10 orang pekerja.

Semoga amal jariah ini kekal berpanjangan dan menjadi tanda solidariti kita untuk rakyat Syria yang tertindas.