top of page
DJI_0582.JPG

PERUMAHAN SYRIAN AL HAYAH :

AL-BAB, SYRIA

Bermula awal tahun 2020, sebuah perumahan yang diberi nama sebagai Syrian Al-Hayah telah dibina di suatu kawasan Al-Bab, Syria. Menariknya adalah kerana selain daripada 100 buah rumah, sebuah Masjid As Sabeel I, sekolah Jasmine Ash-Sham II dan sebuah telaga air bersih juga dibina di perumahan ini. Namun begitu, perumahan ini masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada awal bulan April, 2021 ini.

Perumahan ini dibina oleh Malaysia for Syria hasil gabungan beberapa NGO Malaysia yang lain bagi menyediakan tempat perlindungan yang lebih selesa dan selamat buat pelarian Syria yang telah kehilangan tempat tinggal akibat terjejas dek krisis kemanusiaan di Syria sehingga hari ini.

bottom of page