©2019 by Media Malaysian Life Line For Syria.

TELAGA AIR BERSIH

Air dari telaga yang digali hasil sumbangan rakyat Malaysia ini terus mengalir dengan deras dan bersih. Kami dimaklumkan air yang mengalir ini berada dalam keadaan suam ketika masuknya musim sejuk dan sebaliknya ketika musim panas. Subhanallah.

Telaga Air Ahmad Ammar alMaliziy ini yang digali dengan kedalaman 200 meter dan menelan belanja RM25,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia memberi manfaat kepada 4500 penduduk di pinggir bandar Aleppo, Syria saban hari.


Sederas air yg mengalir dan pada setiap manfaat yg diperolehi rakyat Syria daripada air ini semoga sederas itulah pahala yang mengalir buat para penderma yang budiman.