• Malaysia For Syria

BAYI 28 HARI DITINGGALKAN IBUNYA


Kisah di sebalik bayi comel ini ...


Si Comel Baby Iman

Aktivis kemanusiaan kami yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Kem Pelarian Syria, Sanliurfa berkongsi kepada kami kisah bayi ini.


Baby Iman.


Ketika umurnya 28 hari, Baby Iman telah ditinggalkan bersendirian di kem pelarian oleh ibunya. Saat ditemui, Baby Iman sedang berteriak menangis kelaparan. Mungkin kerana tekanan kehidupan dan tiada wang untuk menyara bayi tersebut, maka ibunya telah pergi dan menghilangkan diri.


Mujurnya ada seorang ibu tua yang sudi mengambil dan menjaga baby Iman ini. Walau tidak punya sebarang pertalian darah, dan juga berhadapan dengan tekanan kehidupan sebagai pelarian, ibu tua ini menyanggupi sedaya kudrat tuanya untuk memelihara Baby Iman.

Kami yang melihat turut bersimpati


Saat diziarahi oleh pasukan MLLFS, alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan selama ini Baby Iman hanya menyusu AIR KOSONG semata-mata! Ya Tuhan. Sang ibu tua tidak mampu untuk membelikan susu buat bekalan nutrisi baby Iman.


Kehadiran kami bersama sumbangan daripada anda sekurang-kurangnya mampu untuk membekalkan bayi-bayi seperti Baby Iman ini dengan bekalan susu.

Baby Iman dijaga baik oleh seorang mak cik berusia 60 tahun.

Menyaksikan situasi ini, maka kami bertekad untuk terus memperjuangkan nasib pelarian-pelarian Syria.


Kami mahu hadir untuk membantu meringankan beban mereka khususnya pada Misi Musim Sejuk yang akan datang, kami menyasarkan RM1, 572, 000.00 Jumlah sumbangan TERKINI: RM93, 614.84 Menyelamatkan nyawa generasi Islam


Ayuh, bersama-sama MLLFS untuk mengumpulkan baki sasaran RM1, 478, 385.16 bagi meringankan derita anak-anak kecil Syria! ===================================== 2 Kaedah mudah untuk membantu mereka yang memerlukan di Syria: ===================================== 1. Melalui sumbangan dalam talian (online): Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria Klik link ini -> https://www.billplz.com/winter4syria 2. Melalui pindahan/ deposit wang ke akaun: [MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA] 🏢MAYBANK : 5648-1051-3971 🏢BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883 Ref.: SyriaKesejukan 📌Pesanan: Mohon bantu sebarkan posting ini ke group-group whatsapp ye! Semoga anda yang membantu dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aminnn… “Demi Syria , Untuk Ummah” Hubungi kami di talian 03-41443441 Salam Kemanusiaan, Tim Malaysia Life Line for Syria.

"Demi Syria, Untuk Ummah"


#Malaysia4Syria #SaveSyria #MusimSejukUntukSyria #MerekaKesejukan #HangatkanMusimSejukSyria

61 views

©2020 by Media Malaysia For Syria.