top of page
  • Writer's pictureRohaidiana Rosly

BERLARI-LARI KE DERETAN ANAK-ANAK POKOK KAPAS DISANGKA BERMAIN

Updated: 9 Okt 2020

Kisah pokok kapas pada musim sejuk


Dalam perjalanan menghampiri Kem Al-Abis, tiba-tiba… Mata kami tertumpu pada anak-anak pokok kapas (batang pokok sehalus jari kelingking) yang tumbuh melata sepanjang jalan di kawasan tanah lapang seakan gurun, hingga akhirnya kami menemui Kem Al-Abis, Sanliurfa, Turki (sempadan Syria).

Kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang berlari-lari menuju ke arah anak-anak pokok kapas. Pada mulanya kami menyangkakan yang mereka hanya bermain-main di kawasan tersebut. Tetapi, rupa-rupanya mereka mencari batang-batang pokok kapas untuk dijadikan kayu api demi memanaskan khemah masing-masing.

Dalam keterujaan melihat kerajinan anak-anak ini, kami tersedar sesuatu…

Di antara kanak-kanak itu ada yang berkaki ayam dan tanpa memakai baju tebal, sedang pada ketika itu musim sejuk...

Demi pokok kapas sebagai bahan bakar, anak ini sanggup berjalan tanpa kasut dalam suhu sejuk negatif darjah.

Sungguh kebal kulit mereka, begitu juga hati mereka yang tetap bertahan meneruskan kehidupan yang serba kekurangan. Perkongsian dari pengalaman aktivis kemanusiaan MLLFS yang menyentuh hati ini semoga membuka pintu hati anda.

Murah hati, murah rezeki


Di atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, kami di Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) kini dalam usaha membantu meringankan derita saudara-saudara kita di Syria yang menghadapi kesejukan dan kelaparan khususnya buat kanak-kanak yang belum mengerti apa yang berlaku di sekitar mereka.

Kami mahu hadir membantu meringankan penderitaan mereka. Sempena [KEMPEN MISI MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA],  MLLFS menyeru kepada dermawan MLLFS untuk bersama-sama membantu meringankan derita saudara-saudara kita di Syria yang terpaksa menghadapi kesejukan yang melampau. Suhu mencecah negatif darjah celcius adalah hari-hari yang sukar buat mereka.


Sasaran RM1,572,000.00 diperlukan! Kini dana yang terkumpul baru mencapai RM93, 614.84 dan ini bermakna masih berbaki RM1, 478, 385.16. Ayuh, berlapang dada dan ikhlaskan hati untuk berKONGSI REZEKI pada hari ini!

Apa yang kita sama-sama boleh bantu sempena kempen "Misi Musim Sejuk untuk Syria" pada tahun ini?


Sumbangan anda dapat membantu kami untuk menyalurkan bantuan-bantuan berikut kepada rakyat Syria berhadapan dengan musim sejuk pada kali ini:


📷 BAHAN BAKAR/ HEATER (Kayu Api, Diesel) ---> (RM150/ Slot)

📷 KHEMAH & KEPERLUAN RUMAH (Kanvas & Karpet) ---> (RM100/ Slot)

🧺 FOOD BASKET (Makan Ruji) ---> (RM100/ Slot) 

🧦 KIT MUSIM SEJUK (Baju, Kasut, Selimut, Toto, Stoking) ---> (RM100/ Slot)


Sudahkah anda bersedia memberi kehangatan buat Syria? Klik link di bawah untuk sumbangan secara dalam talian :


Klik link ini ---> https://www.billplz.com/winter4syria atau, anda juga boleh menyalurkan sumbangan melalui pindahan/ deposit wang ke akaun bank MLLFS seperti di bawah:


[MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD] . 🏢MAYBANK : 5648-1051-3971 🏢BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883


Ref.: Winter4Syria


Salam Kemanusiaan,

Tim Malaysia Life Line for Syria.

53 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page