top of page
  • Writer's pictureRohaidiana Rosly

Fatimah, Persis Puteri Kesayangan Rasulullah.

Updated: 24 Feb 2022

18 Januari 2021 - Hari terakhir kami berada di Syria sempena Misi Musim Sejuk Syria 9.0, sempat kami singgah menziarahi anak-anak yatim di Madrasah Ibn Abas di daerah 'Azaz, Syria.


Fatimah. Nama yang cantik. Persis nama puteri kesayangan Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat lembut dan pemalunya. Begitulah jua anak yatim mangsa perang Syria ini. Pipi yang mulus dan mata coklat perlahan yang banyak sembunyikan ceritanya sendiri dan mungkin juga telah menyaksikan bermacam situasi dan tragedi di Syria.


Kerap kali kami dipertemukan dengan anak-anak yang telah kehilangan ibu dan ayah kesayangan mereka. Tidak berada ditempat mereka, malah mendengarkan sahaja cerita-cerita begini memang sering kali menyentuh hati kami.


Gembira betul Fatimah apabila dia dan anak-anak yatim Syria yang lain kami berikan sedikit hadiah mainan dan sepaket kek dan coklat. Saya, cuma memerhati dari jauh bersama lensa kamera yang sentiasa tersangkut di leher. Hati bertukar sayu membuatkan saya tidak berani mendekat.


Tiba-tiba Fatimah datang menghampiri. Hujung bajuku ditariknya lembut. Dia tahu, saya tidak fasih berbahasa Arab. Jadi, anak patung dan kek ditangannya diangkat dengan mata yang semakin mengecil dan senyum besar terukir. Gembira mahu bercerita, mungkin. Alangkah terkejut melihat Fatimah membuka plastik kek tersebut lalu keknya dipotong dua. Satu kekal di tangan kirinya, dan satu lagi dihulurkannya. Berkali-kali saya menolak. Fatimah hanya sahaja mampu tersenyum gembira. Enak katanya kek yang sudah mula digigit itu.


Fikiran seakan melayang. Mata saya tak lagi mampu menipu. Masih berfikir untuk berkongsi dengan orang luar sepertiku sedang dirinya sendiri lebih memerlukan. Itulah sifat pemurah dan kasih sayang rakyat Syria yang sangat kami kagumi sehingga ke hari ini.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Malaysia for Syria, layari https://infaksyria.com/donations/musim-sejuk sekarang untuk melaksanakan 2.5% zakat daripada harta pendapatan anda sekarang. Moga setiap titisan keikhlasan anda, Allah terima dan memberkatinya serta membalasnya dengan segala kebaikan yang layak anda terima. InshaaAllah.



Klik "Infak Syria" untuk berkongsi kebahagiaan bersama anak-anak mangsa perang Syria:



Rohaidiana Rosly,

Petugas Media Malaysia for Syria di lapangan,

Misi Musim Sejuk Syria 9.0,

Madrasah Ibn Abas di daerah 'Azaz, Syria.

80 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page