top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

"INILAH SEKOLAH KAMI" LAUNG ANAK-ANAK SYRIA ITU DENGAN BANGGA.


Rupanya itulah sekolah mereka ...


Pada musim sejuk yang lepas, usai kami menyampaikan sumbangan di kem pelarian Azaugharah, van kami melalui Kem al-Saraya. Malangnya, kami tidak dapat untuk berhenti kerana telah kehabisan barang-barang sumbangan. Ternyata mereka yang menghuni pelarian Azaugharah lebih ramai daripada yang kami jangkakan.


Namun, apabila kami dengan berat hatinya terpaksa meninggalkan sahaja Kem al-Saraya ini untuk kembali semula pada keesokan harinya dengan membawa tambahan barang-barang bantuan musim sejuk. Tiba-tiba, van kami dikejar oleh anak-anak kecil Syria yang keluar dari sebuah khemah berukuran 8x8 di kem tersebut. Memandangkan masih ada bungkusan makanan ringan untuk anak-anak yang berbaki, jadi kami membuat keputusan untuk berhenti seketika.


Apabila ditanya, mereka ini semua dari mana, maka mereka menjawab mereka baru selesai belajar di sekolah. Kami terus bertanya, di mana sekolah mereka, dan mereka beramai-ramai menundingkan jari menghala ke khemah yang berukuran 8x8 tadi. Ah, ternyata ianya sebuah ‘sekolah’. Kami mengajak anak-anak ini ke khemah tersebut dan mereka dengan sangat gembira mahu menunjukkan keadaan sekolah mereka.


Hati Tim MLLFS dijentik rasa sebak


Sesampainya kami, sunguh tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan kami. Tanpa sedikit keluh kesah malah dengan sangat suka hati, anak-anak ini menyatakan inilah sekolah kami!


Walhal, yang mereka maksudkan sekolah itu hanyalah umpama khemah usang yang kosong. Iya, kosong

dan gelap. Hanya berlantaikan tanah, tiada kelengkapan persekolahan. Namun, anak-anak ini masih gembira dan bersemangat mahu terus belajar. Apabila ditanya mereka diajar apa di ‘sekolah’ ini, jawab mereka dengan yakin "al-Quran dan Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam".


Terduduk kami. Sambil mengusap lembut kepala anak-anak ini, sungguhlah kalian benar-benar dahagakan ilmu. Hidup di khemah pelarian ini, tanpa sebarang aktiviti, maka ‘sekolah’ ini mengisi kekosangan jiwa mereka. Ya Tuhan….


Idea tercetus untuk membina Komplesks Dar Hikmah


Ini adalah pengalaman yang paling bermakna sepanjang misi bantuan kemanusiaan di Kem pelarian Al-Saraya yang terletak di bandar Jarabulus, Syria.


Lalu, kami terus bertekad untuk memastikan pembinaan Kompleks Dar Hikmah yang akan menjadi pusat pendidikan dan sekolah anak-anak pelarian Syria ini harus disiapkan segera

Sempena Kempen Misi Musim Sejuk Syria 2019 tahun ini. Kami menyasarkan RM1, 572, 000.00. Dukacitanya, sumbangan terkini baru mencapai jumlah RM93, 614.84. Ayuh, bersama-sama MLLFS untuk mengumpulkan baki sasaran RM1, 478, 385.16 bagi meringankan derita anak-anak Syria. Hulurkan bantuan ikhlas dan lebih mudah dengan sumbangan dalam talian (online) melalui link berikut: https://www.billplz.com/winter4syria atau, anda juga boleh memberikan sumbangan dengan cara pindahan/ deposit wang ke akaun: [MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA] 🏢MAYBANK : 5648-1051-3971 🏢BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883 . Ref.: SyriaKesejukan “Demi Syria , Untuk Ummah” Salam Kemanusiaan, Tim Malaysia Life Line for Syria

"Demi Syria, Untuk Ummah"


41 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page