top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kenyataan Media Berkenaan Kutukan Keras Malaysia for Syria Terhadap Serangan Di Hospital Afrin,Syria


KENYATAAN MEDIA

MALAYSIA FOR SYRIA (MFS)


MALAYSIA FOR SYRIA MENGUTUK KERAS TERHADAP SERANGAN YANG BERLAKU DI HOSPITAL AFRIN, SYRIA


Pada hari Sabtu 12 Jun 2021, dunia dikejutkan dengan serangan yang berlaku di Utara Syria baru-baru ini. Serangan tersebut menyasarkan sebuah hospital awam dan pusat kediaman dengan menyerang mengunakan roket melalui ruang darat dan udara di Syria.

Ekoran dari serangan yang berlaku, 18 orang awam termasuk pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan telah terkoban. Serangan tersebut turut mengakibatkan puluhan lagi orang awam cedera parah manakala beberapa fasiliti di dalam hospital tersebut turut musnah.


Malaysia for Syria (MFS) dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan biadap serta mengecam tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus ia merupakan jenayah kemanusiaan kerana melanggar hak asasi kemanusiaan dengan menyerang hospital iaitu kawasan yang sama sekali dilarang dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.


MFS menegaskan bahawa Majlis Keselamatan Antarabangsa (PBB) tidak boleh berdiam diri di atas insiden yang berlaku, serta perlu bertindak tegas dengan melakukan siasatan terperinci di atas pencabulan insiden pelanggaran hak asasi manusia seterusnya mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab agar dapat di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.


Justeru itu, MFS mendesak agar serangan yang berlaku di Syria dapatlah dihentikan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang awam yang menjadi mangsa, seterusnya meminta semua pihak mematuhi resolusi yang telah di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Antarabangsa 2254 (2015) dan mengharapkan agar pihak yang terlibat dapat memperbaharui komitmen mereka dengan menghentikan permusuhan sekaligus mewujudkan mekanisme akauntabiliti dan berjanji bahawa insiden seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Rahmat dan Ihsan Merentasi Sempadan”

Yang benar,


Syahrir Azfar bin Saleh

Ketua Pegawai Eksekutif,

14 Jun 2021 / 03 Zulkaedah 1442 H


75 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page