top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 1)

22 NOVEMBER 2020 - Tak henti-henti kami terima panggilan, whatsapp dan sebagainya dari awal pembukaan penyertaan sumbangan pakaian musim sejuk untuk Syria sehingga ke hari ini.


Oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi, kami buka rumah gudang (warehouse) kami di Shah Alam hasil kolaborasi bersama Insan Care bagi penerimaan sumbangan pakaian tebal, kasut but, baju sejuk, lampin bayi, stokin dan sebagainya.


Farah Fauzana juga turut hadir bagi membantu yang termampu pada petang semalam.



Kami telah menerima begitu banyak winter coat, mafla, selimut tebal, stokin, penutup telinga dan segala pakaian keperluan musim sejuk.


Terima kasih Malaysia. Kami terkejut dengan respon rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap pelarian Syria kali ini.


Teruskan bersama kami Malaysia for Syria,

Rahmat dan Ihsan merentasi Sempadan.

53 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page