top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 11)


Tiba sahaja kontena ke-1, sukarelawan dan tim terus memasang banner dan terus mengangkat kotak yang berisi barang bantuan seperti baju sejuk, kasut but, pakaian tebal face mask dan sebagainya ke dalam kontena.

  • 623 kotak pakaian sejuk

  • 200 pek lampin bayi

Pada awalnya, sasaran Tim MFS hanya satu (1) kontena, tetapi SubhanaAllah, rakyat Malaysia amat pemurah untuk berkongsi rezeki bersama pelarian Syria. Maka kini bantuan Kontena Misi Musim Sejuk Untuk Syria kita akan menjadi tiga (3) buah kontena 40kaki x 40 kaki.


Terima kasih setulusnya kepada rakyat Malaysia kerana tanpa anda program ini tidak akan berjaya. Nantikan kemaskini mengenai kontena ke-2 dan ke-3 dalam masa yang terdekat.


Projek ini dengan kerjasama : Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Cinta Syria Malaysia - CSM, Muslim Volunteer Malaysia - MVM, MyFundAction, Rizq Ar-Rahman dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia


Nantikan berita baik dan kemaskini daripada kami di laman Facebook, Twitter, Instagram dan telegram untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gerak kerja kami.


Malaysia for Syria

19 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page