• Malaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk Untuk Syria (Bahagian 12)

Selama lebih kurang 3 minggu proses pemilihan dan pengasingan pakaian-pakaian musim sejuk dilakukan akhirnya segalanya telah berakhir dengan jayanya. Ketiga-tiga kontena telah dimuatkan dengan ratusan kotak yang berisikan keperluan musim sejuk untuk Syria.


Ketiga-tiga kontena tersebut juga telah selamat dihantar ke pelabuhan Klang untuk dihantar ke pelabuhan Beirut, Lubnan yang mana isinya bakal memanfaatkan pelarian-pelarian Syria yang memerlukan ketika musim sejuk di Lubnan.


Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan daripada kami Malaysia for Syria di atas penglibatan ramai pihak terutamanya kepada para sukarelawan yang telah setia turun bagi membantu pada beberapa hari sepanjang program kontena ini telah dijalankan.


Andai ada terkurang dan terkasar bahasa, mohon maafkan kami. Jasa anda akan kami kenang sampai bila-bila. #malaysia4syria #savesyria #pray4syria #stand4humanity

28 views0 comments

©2020 by Media Malaysia For Syria.