top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 2)

23 NOVEMBER 2020 - Untuk pengetahuan Dermawan yang baik hati, kami masih menerima pakaian tebal musim sejuk sehingga 23 November 2020 (Selasa) dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang sahaja.


Seperti yang telah kami tegaskan di poster, Instagram dan Laman Facebook Malaysia for Syria, kami hanya menerima segala jenis pakaian tebal yang bersesuaian untuk dipakai oleh pelarian Syria ketika menghadapi musim sejuk yang mencecah suhu -3.



Mohon maaf dari kami kerana pakaian nipis, baju kotor, baju koyak, baju kurung, kain pelekat, kain batik, pakaian dalam wanita/ lelaki, serpihan permainan yang sudah rosak dan segala jenis yang tidak sesuai dipakai ketika musim sejuk tidaklah kami terima.


Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (baik).“ (HR. Muslim no. 1015).


Yang dimaksud dengan Allah tidak menerima selain dari yang thoyyib (baik) telah disebutkan maknanya dalam hadits tentang sedekah.


Tanpa bantuan dan kerjasama anda, siapa lah kami sebagai perantara ini. Sebarang sumbangan yang telah dipos ke rumah gudang(warehouse) Shah Alam dan HQ kami di Wangsa Maju selepas tarikh 24 November 2020, akan dimasukkan ke dalam kontena kedua pada Disember ini. InshaaAllah.


Dalam pada itu, teruskan bersama kami Malaysia for Syria,

Rahmat dan Ihsan merentasi Sempadan.

26 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page