top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 4)

#KontenaMusimSejukUntukSyria - 25 NOVEMBER 2020


Bergunung-gunung kotak dan plastik yang dipenuhi pakaian-pakaian yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui kami, Malaysia for Syria.


Kami telah mula melakukan pemilihan dan pengasingan baju-baju yang elok dan sesuai untuk dipakai oleh pelarian Syria bagi menghadapi musim sejuk tidak lama lagi.


Turut hadir membantu kami Fedtri Yahya, Dahlia Shazwan dan Siti Hawa.



Bukan itu sahaja, malah beberapa orang awam juga telah hadir menjadi sukarelawan bagi membantu kami melakukan pemilihan dan pengasingan baju-baju yang elok untuk dipakai ketika musim sejuk pada awal Januari 2021 nanti.


Misi ini adalah misi kita bersama. Moga dilancarkan dan dipermudahkan segalanya. InshaaAllah.Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana tanpa anda program ini tidak akan berjaya.


Nantikan berita baik dan kemaskini daripada kami di laman Facebook, Twitter, Instagram dan telegram untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gerak kerja kami.


Malaysia for Syria

10 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page