top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

Kontena Musim Sejuk untuk Syria (Bahagian 3)

Updated: 15 Dis 2020

Ribuan Terima Kasih Buat Muslim Care Malaysia Society x Surau Al Muhsinin !


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada kami Malaysia for Syria ucapkan kepada pasukan Muslim Care dan Surau Al-Muhsinin Petronas diatas sumbangan pakaian musim sejuk yang telah disumbangkan melalui kami buat pelarian Syria yang bakal menghadapi musim sejuk di Lubnan pada awal Januari 2021 nanti.

Berkotak-kotak pakaian musim sejuk telah mereka sampaikan melalui MFS. Agar mereka tidak kesejukan lagi, kami bersyukur dan menghargai sumbangan ikhlas daripada Muslim Care dan Pihak Surau Al-Muhsinin Petronas kerana telah 2 hari berturut-turut datang menyinggah untuk menunaikan hajat berkongsi pakaian-pakaian tebal tersebut untuk pelarian Syria yang memerlukan.


Teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemaskini tentang bantuan dan kempen yang dijalankan untuk terus membantu pelarian Syria yang memerlukan. Semoga Malaysia for Syria dan Muslim Care dapat berkerjasama/ berkolaborasi dalam menjalankan program pada masa akan datang. InshaaAllah..


Semoga rakyat Malaysia yang prihatin terus sakti dalam berbakti terhadap sesama insan yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama, umur dan sebagainya. #malaysia4syria #savesyria #pray4syria #stand4humanity

43 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page