top of page
  • Writer's pictureMalaysia For Syria

MAKANAN LEBIHAN DALAM PLASTIK MENCURI TUMPUAN MATA KAMI.



Rezeki elok dikongsi.

Aktiviti ziarah anak-anak Syria menjadi terapi.


Kadang kala bekerja di pejabat boleh memberikan tekanan kan? Jadi, seperti biasa, Tim Malaysian Life Line For Syria ke sekolah pelarian Syria kami Jasmine Ash Sham Alternative Education Centre di Setiawangsa. Kami suka ziarah anak-anak Syria kami di sana. Rasa tertekan, gundah dan bercelaru pasti akan terlerai melayankan kerenah dan kecomelan anak-anak Syria ini. Waktu rehat telah pun tiba. Yeayyy… Masa untuk makan! Sedang asyik mata Kak Min melilau melihatkan gelagat anak-anak yang sudah bersedia untuk makan, tiba-tiba mata kami tertumpu ke arah seorang anak Syria yang berlari membawa satu plastik besar lalu dikerumuni rakan-rakannya yang lain. Bisik hati kami sibuk memikirkan apakah yang dibawa oleh anak ini yang membuatkan rakan-rakannya yang lain turut gembira meraikannya. Apabila kami mendekati mereka, ternyata anak-anak ini sedang bersama-sama menikmati nasi arab kosong tanpa lauk.

Persoalan terjawab

“Dari mana kalian dapat makanan ini?” - Tanya kami bersama perasaan ingin tahu yang membuak-buak. “Teacher, ada restoran Arab bagi kami nasi lebih ni. Marilah makan sekali.” - kata salah seorang dari anak Syria itu. Rupa-rupanya nasi kosong tak berlauk itu adalah makanan lebihan dari hari sebelumnya yang diberikan kepada mereka oleh seorang pemilik restoran makanan Arab berdekatan rumah mereka. Tahukan kalian bahawa anak-anak ini terus berkongsi makan dari plastik itu juga. Setiap hari kami menunggu kalian untuk berkongsi sedikit makanan atau sumbangan tajaan makanan untuk mereka. Kerana ada antara mereka yang sudah berminggu atau berbulan lamanya tidak makan. Kini, pelajar di Jasmine Ash Sham mencecah lebih 105 orang. RM50 peruntukan untuk seorang pelajar dan sasaran kami ialah RM5,250 untuk 22 KALI MAKAN. Jika cukup RM5,250, anak-anak syurga anda ini dapat menjamu selera setiap hari di sekolah mereka pada waktu rehat! Haaa... Berminat untuk menaja tak?



"Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan saya".

Jom, Kongsi Rezeki dengan mereka! Depositkan sumbangan anda ke Malaysian Life Line For Syria Berhad : 🏢Maybank : 5648-1051-3971 🏢Bank Islam : 14-210-01-000988-2

🏢BANK RAKYAT : 11-115-100115-5 🏢AFFIN BANK : 1050-4003-0883 ATAU, Sumbangan atas talian : www.billplz.com/makanan Sumbangan atas talian : www.billplz.com/makanan Sumbangan atas talian : www.billplz.com/makanan Boleh klik link whatsapp untuk maklumat lanjut : www.wassap.my/+6011-58701507/tajaanmakanan Sesungguhnya, dengan bantuan anda, terukir senyuman untuk anak-anak ini. Terima kasih!


Salam Sayang, Tim Malaysia Life Line for Syria ❤️❤️

17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page